7 sebab lelaki ego??
Oh lelaki? Banyak betol
persoalan dari perempuan kenapa lelaki ego? ego tinggi? Apa punca lelaki
mempunyai sifat ego yang tinggi nie? Semua lelaki ke ego? perempuan tak
ego? 
Semua orang tak kira
lelaki atau perempuan dilahirkan mempunyai ego. Cuma yang membezakannya adalah
samada ego seseorang itu tinggi atau rendah, banyak atau sikit. Tipu lah kalau
kata seseorang itu tak ada ego langsung kan?? cuma semua depends kepada seseorang
itu mengekspresikan ego masing-masing
Perempuan ini, selalu mencari punca dan sebab kenapa lelaki ni ego diorang sangat tinggi.
Langsung tak nak mengalah. Asyik-asyik perempuan jer yang dok makan hati
berulamkan jantung. Tapi lelaki? Nama nak mengalah memang jangan mimpilah. Eh
ini bukan merujuk kepada semua lelaki ya, segelintir lelaki yang punyai sifat
ego jer. YOU know which side you are guys! HAHAHA
6 pendapat aku tentang
lelaki ego. Pendapat aku tau. Kalau ada yang terkena makan cili lah maknanya :)
1. Jatuh Maruah
Owh man! Ini mengikut
pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah
diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang
rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau
kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok
pasangan dia. 
2. Bajet Hot
Muka dah hensem, rupa
paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali
pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon
boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini
ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh
3. Kaya
Ha ini satu spesis lagi.
Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar
lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin
dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau
banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan
dapat. 
4. Lelaki sebagai ketua
Lelaki dilahirkan
sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu
menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang
bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak
ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang
bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 
5. Sifat Kelakian
Lelaki dijadikan Allah
SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga
wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya
ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki
mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.
6. Tak terima pandangan
orang lain
Ada jugak lelaki jenis
begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata
semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat
keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi
dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak
pendapat dia. Cis kek!
 7. Nak Menang
Ha ini satu lagi spesis.
Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set
dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau
terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki
sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat
ego tak nak kalah dia kelihatan.
 
No comments:
Post a Comment