Sunday, December 23, 2012

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, December 17, 2012

Moist Chocolate Cake

Before

After 2 minutes
Ini la moist chocolate cake yang di buat oleh si dia, firstly saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab bersusah payah buat kek yang sangat sedap ni untuk saya. secondly kawan-kawan saya yang lain pun cakap kek ni sedap, so kalau ada masa lagi buat la lagi kek ni untuk saya ye awak =D . Dengan ini saya mengistiharkan awak layak untuk menjadi isteri saya, sebab kek awak sedap sangat yeaaayyy!!!! ^_^

I LOVE YOU ANA RODIAH

Saturday, December 15, 2012

Tips Kempiskan Perut Buncit

Di sebabkan saya sendiri pun buncit, kira nie ada la sikit tips2 kepada yang mengalami kebuncitan seperti saya ini =D

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti 'perut buncit' kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah. apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikiran negative setiap masa.

Terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita untuk mengatasi masalah perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah seperti berikut:


1. Minum air suam yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak di kunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah di galakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba ye kawan-kawan =D

Friday, December 14, 2012

Hukum Asas Tajwid

Assalamualaikum

Maybe ada kawan2 kita yang tak berapa nak ingat dah kan pasal hukum tajwid nie, yela mungkin masa kali terakhir belajar pun masa sekolah rendah dulu kan. So pada hari jumaat yang sangat indah nie, mari kita belajar serba sedikit belajar mengenai hukum tajwid ketika membaca ayat-ayat suci al-quran.


Update

Eventhough movie lama tapi ada yang request, jadi selamat menonton kepada yang tak tgk lagi ye =D

Tuesday, December 11, 2012

Update





I love music, and this musical movie is worth watching =D



Episode 123

membantu kawan ku dalam kesusahan


kepada membe2 ku yang di sayangi, kalau ada masa terluang singgah la blog nie ye =)

Saturday, December 8, 2012

Bergelak ketawa


Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Suami die suke tngk bola. Manakala isteri die suka tengok masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asyik bertukar-tukar. Kejap bola kejap cite masak-masak.. Bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni..

"Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....
daging di rebus oleh REFREE sampai empuk....
masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..
BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak....
GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... 
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya. Dunia2.. Haha! :D

New Update for Sharing

Running Man Episode 122



How I Met Your Mother Season 8 Episode 9

Tips mengelak pasangan di kebas

Selalunya kalau kes-kes boyfriend or suami kena kebas dah tentu2 yang mengalami keseksaan, fobia dan lain-lain penyakit akan di alami oleh perempuan, yang lelaki kebanyakannya pulak wat dono je cam xde perasankan hehehe =P

So bagi nak mengelakkan korang kaum perempuan dari rasa cemburu buta, memendam perasaan dan yang seangkatan dengan itu aku dengan baik hatinya sedia memberi sedikit panduan untuk korang guna pakai balik sampai la bila2. Tapi nak cite lebih2 pasal mende tak bole la sebab aku pun bukannya pandai sangat pasal bab2 cinta ni, tapi sebab kesiankan kaum hawa yang selalu terkena tu aku bagi la point2 yang berguna sikit untuk korang (muka innocent gila time tulis ni hahaha)

1. Jelaskan pada pasangan korang awal2 penipuan memberi kesan yang sangat menyakitkan bagi korang.

Bagi mengelakkan dari pasangan korang dari kena kebas dengan orang, korang kena kurangkan keinginan dia untuk menipu. Apa yang korang perlu buat adalah jelaskan kat pasangan korang yang korang sangat2 pantang di tipu dalam apa jua keadaan. Pastikan dia tau apa yang korang rasa bahawa tiada sebarang kompromi di antara dia dengan mana-mana perempuan lain. Cinta ni bukan sekadar perkongsian perasaan tapi komunikasi itu jugak sangat penting. Kalau seorang lelaki menipu, benda itu di anggap perkara biasa je, so korang kena tekankan betul2 tentang perkara ni.

2. Jadi setiap wanita kepadanya.

Korang mahukan si dia gembira sepanjang dalam perhubungan korang, tapi itu tak bermaksud sampai korang kena berpura-pura dan menjadi apa yang tak boleh anda lakukan.kalau korang nak kan perhubungan korang kekal dalam tempoh masa yang panjang, korang sendiri kena letakkan sedaya upaya korang untuk menjadikan perhubungan korang menjadi yang terbaik. Berminat untuk dia dan hidupnya, dan benarkan si dia menjadi milik korang. Teroka diri masing-masing dan memberi ruang dalam hati si dia, dan korang akan berjaya dalam menyekat keinginan wanita lain dalam mencuri si dia daripada korang.

3. Wujudkan rasa gembira dengan siapa yang ada dalam hidup korang sekarang.

Bagi mengelakkan si dia daripada di rampas orang lain, korang kena lah ibaratkan yang korang ni seperti "magnet" dengan si dia, jadi perempuan lain tidak akan berpeluang untuk mendapat perhatian si dia dan memancingnya daripada korang. Rasa gembira dan yakin korang akan menjadi satu sinar tarikan kepadanya dan dia kurang tertarik dengan perempuan lain kerana menganggap korang sebagai pasangan yang lebih baik.

4. Jangan biarkan si dia perbodohkan korang.

Hal ini bertentangan dengan apa yang ramai wanita bayangkan dengan menjadi wanita yang bersikap "ya" atau "tidak mengapa" akan menyebabkan dia berhenti dari mencai wanita lain. Jika korang seorang yang penakut dan di anggap tidak berharga, apa yang si dia akan lakukan?? Si dia akan berani curang dengan korang sebab dia tahu, dengan sifat korang macam tu, korang akan sentiasa terima dia kembali. Jadi seorang yang berani dan kuat dalam perhubungan korang agar tidak mudah diperbodohkan oleh dia. Seorang lelaki akan tertarik kepada seseorang yang boleh dia hormati, tetapi kalau diri sendiri pun korang tak hormat, macam mana dia nak hormat anda? Fikir-fikirkan =)

5. Jangan menjerit dan membebel kepada si dia.

Korang mungkin rasa lega dan tenteram lepas menjerit dan membebel kepada si dia, tetapi pasangan korang mungkin rasa sebaliknya dan dia akan mula bandingkan korang dengan sesuatu yang lebih buruk. Tiada apa-apa yang berguna dengan tindakan korang tu melainkan akan menjarakkan lagi hubungan korang berdua. Jika korang tak mahu si dia di rampas orang lain, pasti kan korang berhenti daripada menanbahkan lagi jurang antara korang berdua. Apabila emosi dia terputus terhadapa korang, si dia akan menjadi lebih mudah untk goda wanita lain. I ni tidak bermakna yang korang tak melawan langsung tetapi cara yang korang lakukan tidak berapa sesuai dan tidak sepadan dengan menjerit di mana korang tak peroleh satu kebaikan pun. Kalau nak bergaduh pun, guna la cara yang membolehkan korang berdua dapat manfaat contohnya macam perbincangan dan pastikan korang tak berjauhan dan emosi sentiasa rapat selepas berlaku pertengkaran.

6. Jangan pantau gerak-geri dan menyekat kebebasan si dia.

Tahan diri korang daripada bertindak tidak rasional terhadap kebebasan dan gerak-geri si dia. Bagi sesetengah orang , ia mungkin satu tindakan yang bijak apabila perasaan cemburu menguasai diri tetapi ia selalunya tidak akan berfungsi dalam jangka masa yang panjang. Hal ini akan menyebabkan si dia berasa tidak di percayai dan akan menyebabkan korang sendiri letih dari segi fizikal dan emosi. Apabila si dia perasan yang korang tidak percayakan dirinya, maka dia akan lebih cenderung untuk curang kerana itu lah yang korang harapkan dari si dia.

Rasanya sampai di sini jela tips2 yang aku boleh share dengan korang. Perempuan sekarang ada sesetengah yang suka bergaduh kerana lelaki, harap korang jangan jadi cam tu ye..Ho ho ho ho horlicks =P




Friday, December 7, 2012

Kenapa lelaki menjauhkan diri dengan wanita cantik

TAHUKAH ANDA??

Hampir 90% LELAKI akan menjauhi WANITA cantik dengan alasan seperti berikut:

1. Perempuan itu lawa so mustahil la dia nak berkawan dengan orang macam saya ni.

2. Cantiknya dia! tapi mesti dah berpunya.

3. Dia tak akan pandang lelaki macam aku ni, dah la tak handsome, miskin, bengap pulak tu.

Huuuurrrmmmm....

Agree with this?? 

Like kalau setuju =P

kenapa lelaki itu ego?


7 sebab lelaki ego??

Oh lelaki? Banyak betol persoalan dari perempuan kenapa lelaki ego? ego tinggi? Apa punca lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi nie? Semua lelaki ke ego? perempuan tak ego? 

Semua orang tak kira lelaki atau perempuan dilahirkan mempunyai ego. Cuma yang membezakannya adalah samada ego seseorang itu tinggi atau rendah, banyak atau sikit. Tipu lah kalau kata seseorang itu tak ada ego langsung kan?? cuma semua depends kepada seseorang itu mengekspresikan ego masing-masing

Perempuan ini, selalu mencari punca dan sebab kenapa lelaki ni ego diorang sangat tinggi. Langsung tak nak mengalah. Asyik-asyik perempuan jer yang dok makan hati berulamkan jantung. Tapi lelaki? Nama nak mengalah memang jangan mimpilah. Eh ini bukan merujuk kepada semua lelaki ya, segelintir lelaki yang punyai sifat ego jer. YOU know which side you are guys! HAHAHA

6 pendapat aku tentang lelaki ego. Pendapat aku tau. Kalau ada yang terkena makan cili lah maknanya :)

1. Jatuh Maruah

Owh man! Ini mengikut pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok pasangan dia. 

2. Bajet Hot

Muka dah hensem, rupa paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh

3. Kaya

Ha ini satu spesis lagi. Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan dapat. 

4. Lelaki sebagai ketua

Lelaki dilahirkan sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 

5. Sifat Kelakian

Lelaki dijadikan Allah SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.

6. Tak terima pandangan orang lain

Ada jugak lelaki jenis begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak pendapat dia. Cis kek!

 7. Nak Menang

Ha ini satu lagi spesis. Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat ego tak nak kalah dia kelihatan.